Thursday, September 30, 2010
perkembangan kanak-kanak
perkembangan silang deria (pendengaran)
Dalam perkembangan pendengaran pula sejak mula kelahiran lagi bayi mula mendengar, selalunya bayi akan tahu mendengar nada dan bunyi lembut dan garang(marah).Bayi juga sangat peka terhadap bunyi disekelilingnya terutama suara ibunya.Bayi yang baru dilahirkan akan memaling mukanya apabila terdengar bunyi untuk mencari dari mana datangnya bunyi tersebut terhasil.Selain itu, bunyi muzik atau denyutan jantung ibu akan membuat bayi tersebut berasa tenang.
4 bulan pertama
bayi sudah mencari arah bunyi walaupun dalam keadaan gelap.Bayi juga telah berkebolehan mengesan lokasi bunyi secara tepat pada usia 4 bulan pertama dan kebolehan ini semakin meningkat pada tahun kedua selepas kelahiran.
1 tahun
Bayi sudah pandai membuat perbezaan antara 2 melodi yang berlainan.Bayi juga akan mula menyusun bunyi yang lebih komplek.
Pada awal tahun pertama
Bayi akan lebih peka kepada perbezaan halus dalam sebutan bunyi bahasa,contoh “ba,ma,ga,taa,tu dan lain-lain”jika dibandingkan dengan orang dewasa.
Pertengahan tahun pertama
Bayi akan mula menyusun menapis bunyi dan menumpu lebih bahagian kepada bunyi biasa didengari contohnya bahasa ibunda.
9 bulan
Sensitif pada bunyi dengan mendengar menyebut perkataan mengikut dialek sebagai contoh bahasa melayu,cina,india,iban dan lain-lain.
Tahun pertama
Bayi akan bersedia untuk mempelajari bahasa dan memilih bahasa ibunda mendengar dan perhatian
Umur 1 setengah tahun
Bayi akan mula mengenali dan memahami perkataan yang biasa didengar .Contoh dialek yang digunakan dirumah seperti dialek Terengganu,Kelantan dan lain-lain dialek.
Aktiviti mendengar cerita dan menyanyi,kebolehan mengingat perkataan baru akan meningkatkan perkembangan pendengaran seseorang bayi.
faktor-faktor yang mempengaruhi kecacatan bayi dalam kandungan ibu
antara faktor yang mempengaruhi kecacatan pada bayi di dalam kandungan ialah
1) amalan permakanan yang tidak seimbang
- pemakanan yang sihat akan menyebabkan perkembangan dalam kandungan berkembang dengan maju.oleh itu,pengambilan pemakanan yang betul sangat penting.sebagai contoh sayur-sayuran dan buah-buahan
2) gaya hidup yang tidak sihat
- gaya hidup yang tidak sihat akan mempengaruhi kandungan seseorang.amalan merokok dan meminum minuman keras atau arak akan menyebabkan kecacatan pada bayi yang akan dilahirkan.amalan seks bebas juga tidak bagus untuk kandungan
3) penggunaan ubat ubatan herba
- ubatan-ubatan herba sangat baik untuk kesihatan tetapi bukan kepada ibu yang mengandung.hal ini kerana ia akan menyebabkan kandungan dalam rahim ibu mengalami kepanasan dan akan menakibatkan kecacatan pada bayi
4) faktor sekeliling
- sebagai contoh mengalami gegaran pada kandungan seperti ibu mengandung yang terjatuh atau tergelincir