Dalam perkembangan pendengaran pula sejak mula kelahiran lagi bayi mula mendengar, selalunya bayi akan tahu mendengar nada dan bunyi lembut dan garang(marah).Bayi juga sangat peka terhadap bunyi disekelilingnya terutama suara ibunya.Bayi yang baru dilahirkan akan memaling mukanya apabila terdengar bunyi untuk mencari dari mana datangnya bunyi tersebut terhasil.Selain itu, bunyi muzik atau denyutan jantung ibu akan membuat bayi tersebut berasa tenang.
4 bulan pertama
bayi sudah mencari arah bunyi walaupun dalam keadaan gelap.Bayi juga telah berkebolehan mengesan lokasi bunyi secara tepat pada usia 4 bulan pertama dan kebolehan ini semakin meningkat pada tahun kedua selepas kelahiran.
1 tahun
Bayi sudah pandai membuat perbezaan antara 2 melodi yang berlainan.Bayi juga akan mula menyusun bunyi yang lebih komplek.
Pada awal tahun pertama
Bayi akan lebih peka kepada perbezaan halus dalam sebutan bunyi bahasa,contoh “ba,ma,ga,taa,tu dan lain-lain”jika dibandingkan dengan orang dewasa.
Pertengahan tahun pertama
Bayi akan mula menyusun menapis bunyi dan menumpu lebih bahagian kepada bunyi biasa didengari contohnya bahasa ibunda.
9 bulan
Sensitif pada bunyi dengan mendengar menyebut perkataan mengikut dialek sebagai contoh bahasa melayu,cina,india,iban dan lain-lain.
Tahun pertama
Bayi akan bersedia untuk mempelajari bahasa dan memilih bahasa ibunda mendengar dan perhatian
Umur 1 setengah tahun
Bayi akan mula mengenali dan memahami perkataan yang biasa didengar .Contoh dialek yang digunakan dirumah seperti dialek Terengganu,Kelantan dan lain-lain dialek.
Aktiviti mendengar cerita dan menyanyi,kebolehan mengingat perkataan baru akan meningkatkan perkembangan pendengaran seseorang bayi.
No comments:
Post a Comment