definisi pendidikan khas???
Pendidikan khas adalah perkhidmatan dan kemudahan pendidikan yang disediakan untuk individu berkeperluan khas, atau kurang upaya, yang terdiri daripada mereka yang mengalami kecacatan mental, bermasalah pembelajaran, gangguan emosi dan tingkah laku, gangguan komunikasi(pertuturan dan bahasa), hilang pendengaran, hilang penglihatan atau darjah penglihatan yang rendah, kecacatan fizikal dan golongan pintar cerdas.
apakah pendidikan khas???
Perkhidmatan pendidikan yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia bagi murid-murid pemulihan khas dan berkeperluan khas yang mempunyai masalah penglihatan, pendengaran dan bermasalah pembelajaran
apa itu sekolah khas???
Sekolah yang menyediakan perkhidmatan pendidikan kepada murid-murid bermasalah pendengaran dan penglihatan.
No comments:
Post a Comment